antara beauty

NO
PRODUK
KEGUNAAN
1.

Refresh Massage Oil
(Minyak Penyegar Badan)

Produk ini di formulakan khas dari abstrak buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang di cipta sebagai satu cara untuk menghilangkan kepenatan dan menyegarkan semula otot-otot badan. Pati-pati ini dikisar untuk mengembalikan kekuatan dan lebih berkeyakinan untuk memulakan hari anda. Ia amat sesuai untuk semua jenis kulit terutama nya untuk kulit yang nampak lebih tua dan bermasalah.
2.

D-Tox Massage Oil

( Minyak Rawatan Dalaman)
Minyak ini diformulakan khas untuk memperbaiki kerosakan tisu-tisu kulit akibat lebihan toxin dan lebihan air dalam badan. Ia menyerap terus ke dalam kulit dan mengalir di dalam badan dan fikiran.Ia juga membuatkan keseluruhan kulit anda lebih segar, cantik dan lembut bak sutera.
3.

Relax Massage Oil

Diperkaya dengan pati tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang akan melegakan ketegangan kulit disamping membantu melegakan otot-otot yang sakit.Ia juga akan memberikan urutan kesegaran untuk badan. Dengan aroma yang sedia ada membuatkan diri anda lebih yakin,segar dan lebih bersedia. Ia amat sesuai untuk semua jenis kulit.
4.

Face Oil

(Untuk kulit Sensitif)
Produk dari pati tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ini akan menyerap ke kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak disamping menambahkan zat-zat yang diperlukan oleh kulit muka. Diperkaya dengan kesan anti penuaan,kesan terbakar akibat panas matahari,anti bakterial dan kesan sampingan. Menambahkan seri muka dan kelembutan wajah. Sesuai untuk kulit kering dan sensitif.
5.

Face Oil-Acne

( Anti Jerawat)
Produk ini difomulakan khas untuk mencegah bakteria bagi mengelakkan   dan mencegah jerawat.Ia juga memperbaiki kulit dari kesan terbakar . Ia amat sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. 
6.

Face Oil-Mature & Dry
(Anti penuaan & kering)

Ia direka cipta khas untuk kulit yang bermasaalah seperti garis-garis halus iaitu  kedutan pada wajah dan juga kulit kering. Selain itu juga ia akan membuat wajah anda kelihatan lebih muda,segar dan sihat tanpa kedutan dan garis-garis halus.. 
7.

Thai Herbal

Produk mandian ini direka khas untuk mengembalikan kesegaran pada tubuh dan menaikkan  seri wajah.
8.

Thai Aroma Relaxing Massage Oil

Dengan campuran pati buah-buahan yang amat bermutu, produk ini direka khas untuk mengembalikan kesegaran pada tubuh anda.
9.

Night Cream

Produk ini direka khas untuk kegunaan malam yang berasaskan pati-pati buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Bertujuan untuk memperbaiki kulit ketika sedang  tidur.
10.
Gentle Care Cleansing
Produk ini diformulakan khas untuk kulit muka yang  sakit akibat kerosakan. Dengan adanya penambahan Menthol Crystals, akan memberikan lebih  kesegaran  dan kesejukan pada kulit yang bermasalah. Ia menghilangkan kotoran dan minyak pada wajah secara lembut tanpa ragu-ragu . Kulit akan bertambah lembut dan bersih.Amat sesuai  pada kulit yang sensitif.
11.

VC Soothing Toner

Dengan campuran pati bunga-bungaan ia membuatkan kulit lebih sihat daripada kerosakan yang dialami. Kulit yang sensitif akibat kerosakan bahan kimia, liang-liang roma yang terbuka akan dirawat dengan lebih teliti dan sempurna agar kulit nampak lebih sihat dan lembut. Sesuai untuk kulit yang mengalami kerosakan yang teruk.
12.

Moisturizing Cream

Krim yang diciptakan khas untuk memperbaiki kulit yang begitu kering, tidak sekata,kulit yang kasar dan mati.Ia akan memberikan secara lembut satu kesan yang hebat dan memberikan perubahan yang amat ketara.
13.
UV Foundation
Produk ini diformulakan untuk melindungi kulit dari panas matahari.Dan mengembalikan kelembutan dan cahaya pada kulit anda.
14.

Vital Loose Powder

Produk yang diciptakan bersesuaian dengan kulit wajah ini amat sesuai untuk mencerahkan kulit dan mengembalikan kelembutan sehingga membuatkan anda berasa lebih yakin dan anggun.

ANTARA Beauty BROCHURE